Skip to main content

TIPS memasak dan RESEPI untuk BAYI.

TAHNIAH buat anak-anak anda yang sudah boleh makan makanan pejal. 😍 Mesti ibu-ibu yang tak sabar nak buat menu yang sedap buat si kecil. Yela. Mesti la excited kan. Hehe.

Sebelum tu dah belikan sudu dan mangkuk untuk si manja anda. Jangan pulak campur dengan mangkuk di dapur ya. 😤

Jom kita baca dulu TIPS sebelum kita masak untuk si baby.

1) Elok mulakan dengan makanan yg rasanya "plain". Sebab nya ialah :

- Sebagai pengenalan kepada perut bayi dan usus bayi.
- Kalau dah pertama kali bagi makanan yang manis, nanti susah pulak nak bagi dia rasa makanan yang plain. Dah tak sedap la maksudnya. Hihi

2)Semestinya berbetuk puree atau halus. harus di blender atau lenyek sampai penyek 😂

3) Elakkan dari memberi perisa tambahan ya. buah pinggang mereka tak mampu nak hadamkan lagi. Kalau nak beri pun yang semulajadi seperti ikan bilis, sayur sayuran atau buah buahan. SAY  NO !

4) Beri sedikit tapi kerap dan mengikut masa. Baru lah kita tahu waktu mereka "lapar".

5) Beri makanan yang sama dalam masa 3-4 hari. Jika mereka mengalami alahan, kita boleh tahu apa sebabnya.


Tu je kot sedikit tips si ibu. Jom kita tengok menu pulak 👇

1 – Bubur Nasi (2 hidangan)


Bahan-Bahan:
1⁄4 cawan beras
1 3⁄4 cawan air


Cara memasak:
Didihkan air. Masukkan beras, kacau dari semasa ke semasa.
Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
Ketepikan.



****
Sebelum diberi kepada si manja, bubur itu akan dikisar sehingga halus.





2 – Puri sayur-sayuran (2 hidangan)



Bahan-Bahan:


1⁄2 cawan  (sayur pilihan)
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
Masukkan sayuran ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau cukup lembut, ibu juga boleh lenyekkan lobak merah sehingga ia menjadi puri.



3 – Puri Buah-buahan (2 hidangan)


Bahan-bahan:

1 biji buah buahan , dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut.
1 cawan air

Cara memasak:
Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
Masukkan buah  ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah menjadi lembut.
Lenyek buah dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri ataupun ibu juga boleh kisarkan.
Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Terpulanglah kepada citarasa ibu.



4 – Sup Stok Ayam Dan Ikan Bilis




Bahan-bahan:800 g tulang ayam bahagian dada1 1⁄2 cawan ikan bilis4 cawan air


Cara memasak:
1) Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
2) Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ayam selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asal.
3) Tapis dan biarkan sejuk.


Sup ayam ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ayam boleh disimpan dalam peti sejuk.
Stok ayam boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu ataupun dibekukan sehingga sebulan. Tetapi sebelum membekukan stok ayam, asingkan mengikut jumlah yang diperlukan untuk setiap hidangan.


Satu cara yang bijak ialah untuk membekukan stok ayam dalam bekas ais ketul. Dengan melakukan ini, ibu hanya perlu menyahbekukan jumlah sup yang diperlukan.



Oklah. Selamat Mencuba ya 👶




Comments

Popular posts from this blog

Tips: Penjagaan dan merawat bibir.

Siapa ada masalah bibir kering? Mengelupas? Berdarah? Lebam? Pastikan minum air cukup ye. Tips tambahan, boleh buat scrub bibir macam bawah ni. Ada dua cara, pilih lah yang mana korang rasa mudah : . . Cara 1 : (Lemon & Madu) Buat campuran madu dan jus lemon dan simpan didalam peti sejuk. Sapukan campuran ini ke bibir dan biarkan selama satu jam. Bersihkan bibir dengan air suam. Amalkan 2-3 kali s eminggu. . �Kandungan limau lemon boleh kurangkan pigmentasi. Nutrien dalam madu menjadikan bibir lebih sihat dan bantu buat bibir jadi pinkish. . . . Cara 2 : (Lemon, Madu & Gula) Campurkan gula pasir dengan madu dan lemon. Gosok campuran ini pada bibir secara lembut. Bilas dengan air suam. Lakukan 2kali seminggu. . �Gula adalah bahan pengelupasan yg baik. Ia boleh bantu menghapuskan sel-sel kulit mati pd bibir kita. . CARA MENJAGA BIBIR SENTIASA CANTIK,SIHAT DAN MUNGIL: 1)sentiasa pakai lip balm dan pelembab bibir untuk melindungi bibir.Pastikan lip balm tersebut mengandu...

Perbezaan susu kambing dan susu lembu

kenali GAMAT

Gamat (Melayu) atau yang juga dikenal dengan nama Teripang (atau trepang adalah istilah yang diberikan untuk hewan invertebrata timun laut / Holothuroidea yang dapat dimakan) / Sea Cucumber (Inggris) / Hai Som merupakan hewan yang hidup di dasar laut tersebar luas di lingkungan laut di seluruh dunia, mulai dari zona pasang surut sampai laut dalam terutama di Samudra Hindia & Samudra Pasifik Barat. Untuk wilayah Indonesia, Teripang banyak ditemukan di perairan bagian Timur Indonesia, seperti di perairan Kalimantan & Malaysia di Pulau Langkawi. Dengan kandungan dari teripang emas tersebut sangat bermanfaat bagi kesehatan dan kecantikan manusia sbb: Kaya Protein • Baik untuk system pencernaan (lambung) • Memperkuat daya tahan tubuh • Membantu pernafasan • Menghasilkan hormon & enzim Kaya Collagen • Memelihara kecantikan kulit • Mempercepat penyembuhan luka Kaya Mukopolisakarida • Melancarkan peredaran darah • Zat penahan sakit alamiah • Men...