Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing dari keluarga Liliaceae,sama seperti bawang putih dan merah.Hampir 100% pokok Aloe Vera mengandungi air.Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel.Kaya dengan vitamin A,C,E,B1,B2,B3,B6,B12,serta kalsium,zink,selenium,kromium,sodium,zat besi,lemak asid,enzim dan asid amino.
Khasiat:-
- Mengawal berat badan.
- Melegakan sembelit kerana bertindak sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan.
- Mengawal dan memulihkan gastrik.
- Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan.
- Menyingkirkan toksin dalam usus.
- Membantu mengurangkan masalah gout.
- Mengawal kadar gula dalam darah.
- Membekalkan vitamin,mineral dan enzim yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
- Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran.
- Membantu mengurangkan parut luka atau jerawat.
- Mencantikkan kulit dan melembabkan kulit muka.
Comments
Post a Comment