Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing dari keluarga Liliaceae,sama seperti bawang putih dan merah.Hampir 100% pokok Aloe Vera mengandungi air.Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel.Kaya dengan vitamin A,C,E,B1,B2,B3,B6,B12,serta kalsium,zink,selenium,kromium,sodium,zat besi,lemak asid,enzim dan asid amino. Khasiat:- Mengawal berat badan. Melegakan sembelit kerana bertindak sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan. Mengawal dan memulihkan gastrik. Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan. Menyingkirkan toksin dalam usus. Membantu mengurangkan masalah gout. Mengawal kadar gula dalam darah. Membekalkan vitamin,mineral dan enzim yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran. Membantu mengurangkan parut luka atau jerawat. Mencantikkan kulit dan melembabkan kulit muka.